SPR sahkan terima pemakluman DUN Sabah dibubarkan

0
157
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam berhubung dengan pembubaran DUN
Sabah penggal yang ke-15.

Menurut Setiausaha Agungnya, Ikmalrudin Ishak, berdasarkan Perkara 21 (4), Perlembagaan Sabah pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran itu.

“Justeru itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak SPR.

Semalam, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal memaklumkan bahawa DUN Sabah dibubarkan selepas diperakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, semalan.

Shafie yang juga Presiden Warisan membuat permintaan tersebut selepas beberapa Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sabah melompat parti sehingga kerajaan negeri diterajui Warisan tumbang.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here