SPR tetapkan tarikh PRK DUN Slim 29 Ogos

0
129
Azmi Sharom

CYBERJAYA – Tarikh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak ditetapkan pada 29 Ogos hadapan.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr. Azmi Sharom berkata, tarikh 15 Ogos pula ditetapkan sebagai hari penamaan calon manakala 25 Ogos ditetapkan bagi mengundi awal.

Beliau berkata, tempoh berkempen pula ditetapkan selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding sehingga jam 11.59 malam, 28 Ogos nanti.

“Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara, tarikh buka dan tutup permohonan adalah pada 23 Julai dan 13 Ogos ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, Pegawai Daerah Mualim, Shamsul Ridzuan Idris dilantik sebagai Pegawai Pengurus PRK DUN tersebut

Katanya, beliau akan dibantu oleh empat penolong pegawai pengurus.

Kerusi DUN slim kosong susulan kematian penyandang, Datuk Mohd. Khushairi Abdul Talib daripada Barisan Nasional (BN) pada 15 Julai lalu.

Allahyarham Mohd. Khushairi, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 4.15 petang di Hospital Bentong selepas tiba-tiba pengsan ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Jamilah Nordin dan tujuh orang anak.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here