SPRM siasat ADUN Sabah ditawar wang dan jawatan

0
102

CYBERJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan terhadap beberapa laporan media berhubung wujudnya unsur rasuah dalam perkembangan politik semasa di Sabah.

Sebelum beberapa laporan media mendakwa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti.

Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy berkata, SPRM sudah menghubungi ADUN yang dipercayai terbabit untuk membantu siasatan lanjut.

“Hasil interaksi dengan ADUN terbabit, mereka enggan membuat laporan rasmi kepada SPRM dengan alasan tiada sebarang transaksi rasuah yang berlaku. 

“Bagaimanapun, SPRM Sabah akan terus menjalankan siasatan dan bersedia menerima aduan serta maklumat berkaitan daripada mana-mana pihak terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here