Suami YouTuber terkenal ditahan reman 3 hari

0
360
Suspek dibawa polis ke Mahkamah Majistret hari ini. Gambar kredit Sinar Harian

IPOH – Suami kepada seorang YouTuber masakan terkenal ditahan reman selama tiga hari kerana disyaki mencederakan isterinya menggunakan senjata berbahaya dalam satu kejadian di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, semalam.

Memetik laporan Sinar Harian, perintah reman itu yang bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Nabihah Mohd Noor.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Suspek sebelum ini ditahan di lokasi kejadian mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan serta Seksyen 506 akta yang sama atas kesalahan ugutan jenayah.

Kejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan berkenaan berkaitan satu majlis di Ipoh, Isnin lalu.

Semalam, kira-kira pukul 5.54 petang itu, suspek yang berada dalam keadaan mabuk telah membawa senjata sabit ke hospital mencari isteri dan adik iparnya berkaitan satu masalah keluarga.

Perselisihan terbabit berlanjutan sehingga suspek datang ke hospital dan dalam keadaan marah telah memukul isterinya berusia 28 tahun di pekarangan hospital berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here