Surau Al-Firdaus di Taman Banting Baru hangus terbakar

0
1107

Bahagian dalam surau yang hangus terbakar

CYBERJAYA – Surau Al-Firdaus di Taman Banting Baru terbakar hangus dalam satu kejadian kira-kira pukul 3 petang tadi.

Menurut Pengerusi surau tersebut, Redzuan Nahar, kebakaran tersebut menyebabkan keseluruhan kawasan dalam surau tersebut musnah terbakar.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian kebakaran itu.

“Kebakaran tersebut berjaya dikawal oleh pasukan bomba yang tiba sejurus selepas itu.

“Pada masa ini, kami sangat-sangat mengalu-alukan sumbangan orang ramai demi meringankan bebanan yang ditanggung berikutan keadaan surau yang hangus terbakar,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Bahagian siling surau turut mengalami kerosakan teruk

Redzuan berkata, sumbangan tersebut boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Surau Al-Firdaus Taman Banting Baru, 12074010041185.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi beliau sendiri di talian 013-2783239 atau setiausaha surau, Hasmi Hassan (013-5011715) atau bendahari surau Khairul (016-2514648)

“Segala sumbangan orang ramai didahului dengan jazakumullahu khairan kathiran. Moga sumbangan ini antara asbab untuk ke syurga Allah nanti,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here