‘Tak payah bodohkan kami, kami tau cerita sebenar’

0
1585
GAMBAR HIASAN

BARU-baru ini, ada sebuah rangkaian antarabangsa menerbitkan satu dokumentari mengenai bagaimana ‘zalim’nya Malaysia melayan kumpulan migran khususnya pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam membanteras Covid-19.

Segala macam kepayahan ditonjolkan, seolah-olah mereka diperlakukan seperti binatang.

Sebagai rakyat Malaysia, Cakcibor rasa terhina juga bila tengok dokumentari tu. Macam-macam yang kita dah buat untuk mereka, tapi begini balasannya.

Apapun, tahniah Cakcibor ucapkan pada rangkaian tersebut sebab mereka berjaya menerbitkan sebuah dokumentari yang memperbodohkan penonton mereka.

Yang tak tahannya, ada pulak satu golongan tu, yang mempertahankan tindakan rangkaian tu, as if, apa yang mereka buat tu berlandaskan fakta yang betul.

Benar, ianya fakta, namun harus difahami bahawa fakta itu ada yang benar dan ada yang palsu.

Seorang pengamal media yang beretika tahu, fakta boleh dimanipulasi. Jadi, bagi mengelakkan manipulasi, setiap cerita perlu tonjolkan kedua-dua belah pihak yang hendak dikisahkan.

Menipu satu hal, cerita tak habis pun satu hal juga.

Pada yang mempertahankan ‘penipuan’ ini, sila teruskan, kerana orang dah bukak mata sekarang. Ramai sudah nampak dan faham belang korang.

Dan pada rangkaian tersebut, teruskan lah usaha korang memperbodohkan penonton. Korang mungkin boleh perbodohkan orang lain, tapi kami tau cerita yang sebenar.

Sendiri mau ingatlah…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here