Tiada halangan balik kampung

0
119

CYBERJAYA- Kerajaan memutuskan tiada halangan rentas negeri menjelang Aidiladha ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Di media sosial, macam-macam diperkatakan mengenai perkara ini. Sebenarnya tidak ada sekatan balik kampung menjelang Aidiladha.

“Kita jaga kita, kita kena pastikan. kita patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Keputusan kita tidak ada rentas negeri atau daerah. Tidak ada, mereka bebas untuk balik,” katanya.

Beliau berkata demikiam dalam sidang akhbar harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here