[VIDEO] Tidak rasa seperti melukut di tepi gantang – Abon

0
917
Tidak rasa seperti melukut di tepi gantang – Abon

RAUDHAH CITY – Pelakon dan pelawak terkenal, Abon memuji konsep perniagaan Malakat Mall yang menawarkan banyak kelebihan terutama dalam aspek kemudahan untuk usahawan kecil dan sederhana bertapak.

Abon atau nama sebenarnya, Shahrizan Ahmad, 60, berkata demikan ketika berkongsi pengalamannya sebagai salah seorang pembekal produk di pusat beli belah tersebut.

Beliau berkata, selain urusan yang berjalan lancar, layanan kakitangan Malakat Mall juga cukup mesra.

“Kewujudan Malakat Mall ini cukup istimewa bagi saya kerana semua urusan perniagaan saya di sini dipermudahkan.

“Langsung tidak ada perasaan seperti melukut di tepi gantang yang selalu di hadapi di kebanyakan pasar raya,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune pada Hari Bertemu Vendor Malakat Mall di sini hari.

Majlis turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin; Pengasas Malakat Mall, Coach Mohd Fadzil Hashim dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Tokki.

Majlis yang bermula pada 8 pagi itu disertai oleh lebih 100 usahawan yang merupakan pembekal produk untuk pusat beli belah berkenaan dan para usahawan yang berminat.

Abon merupakan pembekal kepada dua jenis produk di Malakat Mall iaitu Roti Abon dan Air Sihulk.

Roti keluaran Abon yang dihasilkan dari air tangannya sendiri.

Minuman kesihatan yang dipasarkan oleh Abon di Malakat Mall, Cyberjaya.

Beliau berkata, selain layanan mesra yang sesuai dengan slogan Malakat Mall milik semua, Abon menyifatkan perhatian yang diberikan oleh pihak pengurusan kepada produk keluaran muslim sebagai sangat ‘mahal’.

“Cuba beritahu di pasar raya mana anda dapat memasukkan produk anda dan dipamerkan setanding dengan jenama yang sudah lama bertapak.

“Walaupun Roti Abon masih baharu di pasaran, saya rasa peluang berada di atas rak bersama jenama besar itu satu peluang yang cukup eksklusif,” katanya.

Raudhah Grocer yang menempatkan produk-produk keluaran bumiputera di Malakat Mall, Cyberjaya.

Selain itu katanya, pelbagai kelebihan yang tidak terdapat di pasar raya lain tersedia kepada usahawan di Malakat Mall.

Antaranya adalah tidak dikenakan sewa, tiada bayaran pendahuluan untuk berniaga, tidak had kuantiti untuk meletakkan produk dan kaedah tuntutan jualan yang mudah.

“Pada saya inilah feel sebenar sebuah pasar raya yang patut dimiliki oleh orang Islam.

“Saya rasa cukup bangga dengan Malakat Mall,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here