Topeng muka dan cecair sanitasi tanggungjawab sekolah bukan guru

0
186

KUALA LUMPUR – Kelengkapan perlindungan diri yang diperlukan dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covidd-19 perlu disediakan oleh pihak sekolah dan bukannya menggunakan wang para guru.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan kelengkapan itu kerana Kementerian Pendidikan telah menyalurkan peruntukan kepada semua sekolah bagi tujuan itu.

“Apabila kita minta sekolah untuk sediakan cecair sanitasi tangan, buat saringan suhu dan sebagainya, ini perlu disediakan oleh sekolah, bukan guru yang menyediakan secara persendirian.

“Saya harap sekolah berkaitan dapat menyediakan (kelengkapan itu) untuk guru dan pelajar bukan sahaja ketika mereka masuk sekolah tetapi juga dalam kawasan sekolah seperti di kantin,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan yang mendedahkan terdapat guru-guru yang mengeluarkan wang sendiri untuk menyediakan kelengkapan perlindungan diri bagi kegunaan pelajar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here