Tulisan Jawi dalam buku teks bahasa Melayu Tahun 4 SJK Cina, Tamil dikekalkan

0
618
MOHD. RADZI MD. JIDIN

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan menegaskan keputusan untuk memasukkan tiga muka surat pengenalan Jawi dalam sukatan buku teks bahasa Melayu Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil dikekalkan.

Memetik laporan Bernama, Menteri Kanan Pendidikan Dr. Mohd. Radzi Md Jidin berkata, jemaah menteri juga memutuskan agar pengenalan tulisan Jawi dilaksanakan di SJK dan sekolah mubaligh bantuan kerajaan jika dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta murid.

Dalam pada itu, Mohd. Radzi berkata, Kementerian Pendidikan juga tidak berhasrat untuk memperkenalkan semula Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan William Leong Jee Keen (PH-Selayang) di Dewan Rakyat yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan alasan untuk memperkenalkan semula PPSMI dan penambahbaikan yang akan dibuat untuk mengatasi kelemahan terdahulu.

Blue print salah satu surat dalam buku teks Bahasa Melayu SJK Cina dan Tamil

Sementara itu, Dalam jawapan bertulis kepada soalan Hannah Yeoh (PH-Segambut), Radzi berkata kementerian memperuntukkan RM57.88 juta untuk perolehan peralatan, bahan keselamatan dan kebersihan yang mencukupi bagi kegunaan sekolah dalam mengawal penularan Covid-19.

Katanya, peruntukan itu telah disalurkan kepada jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah dan sekolah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here