UMNO kekal dalam PN atas semangat setiakawan

0
430
Zahid Hamidi berbincang dengan Ahli Parlimen UMNO/BN berhubung isu semasa yang berlaku sekarang

CYBERJAYA – UMNO akan terus mempertahankan kerjasama bersama sekutu dalam Barisan Nasional (BN), Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN) atas semangat setiakawan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kejujuran, keikhlasan dalam perkongsian kuasa serta persahabatan tetap menjadi prinsip utama dan akan dipertahankan.

Sehubungan itu, katanya, UMNO dan BN akan menanggani keputusan penghakiman kes melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan cara yang terbaik.

“UMNO/BN menanggapi penghakiman kes SRC International sebagai suatu yang perlu diberi ketelitian dan perhatian serius.

“Penghakiman kes telah dibuat dan melalui proses perundangan dalam sistem kehakiman negara. Jelas sekali, UMNO/BN dan kerajaan PN tidak campurtangan dalam proses penghakiman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh mahkamah, namun penelitian perlu dibuat terhadap kemungkinan wujudnya kekhilafan dari sudut perundangan dan fakta.

Berikutan itu, katanya, bekas Perdana Menteri itu mempunyai hak untuk membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“UMNO/BN akan memastikan proses mendapat keadilan di semua peringkat itu berjalan lancar dan benar-benar bebas serta adil tanpa wujudnya unsur-unsur campur tangan oleh mana-mana pihak,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here