Usahawan BMF Masjid Tanah dijemput pasarkan produk di Malakat Mall

0
734

Mastura Alias

MASJID TANAH – Usahawan BMF di Masjid Tanah dijemput untuk bersama-sama bersatu kekuatan dengan memasarkan produk keluaran dan edaran mereka di Malakat Mall Masjid Tanah.

Penyelaras Pembangunan Perniagaan Malakat Mall di Melaka, Mastura Alias berkata, bagi menjayakan usaha tersebut pihaknya akan menyediakan ruangan dan konsep bagi membantu usahawan berkenaan memasarkan produk masing-masing.

“Penduduk di Masjid Tanah ini rata-ratanya adalah usahawan yang mana ada terlibat dalam pertanian, kedai makanan, bahan mentah, kraftangan dan lain-lain.

“Jadi di sini, kita akan membantu mereka dengan menyediakan peluang perniagaan di Malakat Grocer dan kedai-kedai bersesuaian lain,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune selepas program Ayuh Bangkit di Malakat Mall Masjid Tanah di sini hari ini.

Lebih menarik, katanya, konsep yang disediakan di Malakat Mall ialah tiada kadar sewa dikenakan dan usahawan berkenaan hanya perlu membawa produk untuk dipasarkan.

Dalam pada itu, Mastura berkata, pihaknya juga sangat teruja dapat membantu masyarakat di Masjid Tanah untuk menyediakan peluang perniagaan dan meningkatkan ekonomi mereka ke arah lebih baik.

Pada masa sama, katanya, menerusi pembukaan Malakat Mall Masjid Tanah juga dapat memberi limpahan rezeki dan peluang ekonomi kepada penduduk di seluruh Melaka secara amnya.

“Harapan saya sebagai penyelaras di sini ialah orang ramai khususnya di Masjid Tanah khususnya dan Melaka amnya dapat memberikan sokongan kepada kita.

“Ini kerana kita mendapat sokongan kuat daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan kerajaan negeri,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here