Utusan dan Kosmo buat ‘comeback’

0
185

CYBERJAYA – Selepas menghentikan operasi dan pengambil alihan pemilikan pada hujung tahun lalu, akhbar bekas milik Utusan Melayu Berhad iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo hari ini diterbitkan semula.

Serentak dengan pelancaran versi cetak, orang ramai juga boleh membaca kandungan berita dari akhbar berkenaan secara dalam talian di www.utusan.com.my dan www.kosmo.com.my.

Kemunculan semula jenama akhbar berpengaruh itu kini diterbitkan oleh syarikat Media Mulia Sdn Bhd (sebelum ini Aurora Mulia Sdn Bhd) yang dikaitkan dengan taikun media, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Utusan Malaysia dan Kosmo yang menyertai ‘ahli keluarga’ Media Prima kini beroperasi di pejabat utama New Straits Times Press (NSTP) di Balai Berita, Jalan Riong di Bangsar, Kuala Lumpur.

Media Prima merupakan syarikat induk NSTP yang menerbitkan tiga akhbar iaitu New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro.

Penutupan syarikat akhbar tertua negara pada November tahun lalu menyaksikan lebih 800 orang pekerja kehilangan pekerjaan.

Utusan Melayu diterbitkan dalam tulisan Jawi pada 1939 sebelum beralih ke tulisan Rumi pada 1967. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here