[VIDEO] “Ini masalah yang bagus”

0
240
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim memberi taklimat kepada para pembekal Raudhah Grocer di Malakat Mall di Cyberjaya, hari ini. – MALAKAT TRIBUNE/FARID JANUDIN

RAUDHAH CITY – Buat julung kalinya, Raudhah Grocer mengadakan sesi bersama para pembekal barangannya di Malakat Mall, Cyberjaya, hari ini.

Sesi yang dihadiri oleh kira-kira 60 pembekal ini antara lain adalah bagi mendapatkan maklumbalas daripada mereka dan menyampaikan maklumat terkini berkenaan perkembangan Raudhah Grocer dan Malakat Mall sebagai penggiat ekonomi orang Islam.

"Ini masalah yang bagus"

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, ada antara pembekal yang hadir mengutarakan masalah seperti masalah pemesanan kembali produk mereka setelah habis dijual.

“Ada pembekal kata, tiada pesanan kembali diterima bila barang mereka habis dijual.

“Ini masalah yang baik sebenarnya, itu tandanya produk mereka boleh dijual,” kata Mohd. Fadzil.

Antara peserta yang hadir ketika sesi Hari bersama pembekal Raudhah Grocer di Malakat Mall di Cyberjaya, hari ini. – MALAKAT TRIBUNE/FARID JANUDIN

Beliau menambah, terdapat beberapa aspek yang telah dan sedang melalui penambah baikan bagi melancarkan lagi operasi.

“Kami dah buat penambahbaikan sistem supaya dapat bantu para pembekal supaya lebih efisien (dalam membekalkan produk mereka),” kata Mohd. Fadzil lagi. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here