
CYBERJAYA – Berita baik buat para pencinta aktiviti lasak.
Mulai minggu hadapan, Tahan Sports akan mula menganjurkan aktiviti whitewater rafting khusus buat para peminat sukan air.
Pakej yang ditawarkan meliputi perjalanan pergi dan balik dari Malakat Mall ke lokasi, sewaan peralatan keselamatan, dan makanan.
Lokasi whitewater rafting yang termasuk dalam tawaran ini adalah di Sungai Selangor, Kuala Kubu Baharu (18 Julai); Sungai Slim, Ulu Slim (25 Julai); dan Sungai Kampar, Gopeng (1 Ogos).
Mereka yang berminat boleh mendaftar di outlet Tahan Sports di Malakat Mall mulai hari ini.
Pakej bagi aktiviti Sungai Selangor dan Sungai Slim berharga RM260 bagi seorang, manakala di Sungai Kampar berharga RM200 seorang.
Setiap pelanggan yang berdaftar akan turut menerima diskaun belian sebanyak 15 peratus di atas barangan terpilih di Tahan Sports.
Bagi pelanggan yang turut serta dalam kesemua pakej yang ditawarkan, akan berpeluang melakukan zipline di Malakat Mall secara percuma, di samping menerima sehelai t-shirt eksklusif.
Jadi, apa tunggu lagi. Segera lah berdaftar untuk mendapatkan tawaran istimewa ini.