140 individu ditahan ingkar PKPP

0
108


CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 140 individu atas kesalahan ingkar arhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, daripada jumlah itu, 136 individu dikompaun manakala empat individu pula direman.


“Antara kesalahan ingkar arahan termasuk gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (35), tidak memakai pelitup muka (6), gagal melunaskan bayaran di pusat kuarantin (2).


“Tidak memakai apron pakai buang (1), serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (96) “ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM telah membuat 67,493 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.


“Sebanyak 4,981 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 17,401 anggota telah membuat pemantauan di 4,229 pasar raya, 5,473 restoran serta 1,747 penjaja, 1,781 kilang, 3,842 bank dan 1,063 pejabat kerajaan. 


“Juga dipantau, sebanyak 1,676 terminal pengangkutan darat, 315 terminal pengangkutan air serta 103 terminal pengangkutan udara,” katanya.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here