Amalan melawat pesakit punca Kluster Sala?

0
107


CYBERJAYA- Penularan Covid-19 bagi Kluster Sala berkemungkinan berpunca daripada amalan melawat pesakit di hospital.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia mempunyai sejarah menziarahi pesakit di sebuah hospital bersama beberapa ahli keluarga lain.


Beliau berkata, walaipun tiada kes positif Covid-19 dikesan daripada saringan di hospital itu, namun semua ahli keluarga yang pergi bersama kes indeks untuk menziarahi pesakit dikesan positif. 

“Jangkitan Covid-19 seterusnya merebak kepada kontak rapat kes indeks dan ahli keluarga. 

“Dikhuatiri amalan melawat hospital mungkin menyumbang kepada penularan jangkitan memandangkan di hospital terdapat banyak pesakit dan mengundang risiko jangkitan,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, siasatan pihaknya juga mendapati punca Kluster Tawar ialah perhimpunan dalam kalangan ahli keluarga yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Kapasiti tetamu perhimpunan tidak mengikut saiz ruang dan penjarakan fizikal yang selamat antara satu sama lain. Ia membantu penularan yang meluas dalam kluster ini meskipun kes indeks dan punca sebenar jangkitan masih dalam siasatan,” katanya. 

Sementara oru katanya, satu lagi kes baharu daripada Kluster Tawar dikenal pasti sekaligus menjadikan jumlah kes dikesan positif Covid-19 bagi kluster berkenaan ialah sebanyak 47 kes. 

“Sebanyak 1,490 orang disaring dalam kluster ini setakat 12 tengah hari, hari ini. Dalam saringan di Kedah sebanyak 1,195 disaring dan 40 daripadanya dikesan positif manakala 297 individu masih menunggu keputusan.

“Selain itu, sebanyak 286 disaring di Pulau Pinang dan tujuh kes dikesan positif manakala 63 individu masih menunggu keputusan,” katanya.

Dalam pada itu kataya, bagi Kluster Sala pula terdapat dua kes baharu yang dilaporkan di Kedah menjadikan jumlah kes positif kepada Japan kes. 

“Di Pulau Pinang seramai enam individu disaring dan tiada dikesan positif manakala dua masih menunggu keputusan. Pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat bagi kedua-dua kluster masih diteruskan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here