37 orang kena kompaun sebab gagal sediakan buku catitan di premis

0
98
Ismail Sabri

CYBERJAYA – Gara-gara gagal menyediakan peralatan dan catitan keluar masuk premis, sebanyak 37 individu dikompaun kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara keseluruhan semalam sahaja sebanyak 177 tangkapan dibuat oleh pihak polis.

“Daripada jumlah itu, seramai 91 individu telah dikompaun manakala 26 individu pula direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (37), tidak memakai pelitup muka (8), premis beroperasi lebih masa (2), menjalankan aktiviti pelacuran (24), serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (46),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, bagi mengekang sempadan negara daripada dibolosi pihak polis telah mengadakan 64 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara.

Pada masa sama, katanya, sebanyak 25,333 kenderaan diperiksa bagi mengekang
kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus.

Namun begitu, katanya, tiada sebarang tangkapan dilakukan.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba
memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus
mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here