60 Orang Asli suku Temiar peluk Islam

0
304
Salah seorang saudara baharu yang memeluk Islam

CYBERJAYA – Seramai 60 masyarakat Orang Asli dari suku kaum Temiar menerima hidayah dengan memeluk agama Islam di Ulu Kinta, Ipoh, Perak.

Pengislaman mereka itu dibuat dalam satu majlis oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri semalam.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd. Akmal Kamaruddin.

Dalam pada itu, Zulkifli turut mengucapkan penghargaan kepada Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak atas usaha menyampaikan kefahaman Islam kepada masyarakat Orang Asli itu.

Selain itu, Zulkifli turut menyampaikan barangan keperluan asas dan wang ringgit daripada Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) kepada semua saudara baharu itu. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here