7 kes baharu bukan dari kluster Sivagangga

0
268
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Tujuh kes terbaharu Covid-19 yang dikesan dalam tempoh 24 jam lalu tidak melibatkan jangkitan dari kluster Sivagangga.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes itu menjadikan jumlah dengan kebolehjangkitan yang bertambah kepada 170 kes.

“Daripada tujuh kes yang dilaporkan, enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara dan tiga bukan warganegara.

“Hanya satu kes penularan di dalam negara yang melibatkan warganegara Malaysia, iaitu kes saringan di tempat kerja di Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, kes di Negeri Sembilan mempunyai sejarah bekerja di Indonesia dan telah pulang ke negara ini pada 7 Mei 2020.

“Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar,” katanya.

Menurut beliau, enam kes import tersebut adalah masing-masing dari China, Yaman, Myanmar, Jepun, Pakistan dan Mexico.

Noor Hisham turut memaklumkan sejumlah 47 kes telah sembuh pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah mereka yang telah pulih adalah 8,775 kes.

Dalam masa sama, beliau berkata, tiada kes kematian direkodkan sekali gus menjadikan kes kematian kekal 125 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here