92 peratus responden setuju vaksin Covid-19 diberi percuma kepada semua rakyat Malaysia

0
100
Tangkap layar artikel yang dimuat naik di portal Malakat Tribune, semalam.

CYBERJAYA – Hampir 92 peratus responden pungutan suara Malakat Tribune bersetuju dengan kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin kelmarin mengenai cadangan beliau tentang pemvaksinan Covid-19 diberi secara percuma buat semua rakyat Malaysia.

Pungutan suara yang berlangsung selama 24 jam menerusi FB Stories itu menerima sebanyak 444 respon.

Sebanyak 407 responden menyatakan ‘Ya’ pada pernyataan “Vaksin Covid-10 percuma buat semua rakyat Malaysia”, manakala 37 lagi menyatakan ‘Tidak’.

Pungutan suara ini juga mendapati, responden lelaki adalah melebihi responden wanita pada kadar nisbah 3:1, dengan majoriti responden berumur di antara 25 hingga 34 tahun.

Beberapa responden turut memberi maklumbalas berkenaan idea yang diutarakan oleh Khairy.

Hars Musa: “Tidak perlu vaksin. Bukannya vaksin percuma atau vaksin berbayar.”

Noor Wahid Nuruddin: “Percuma untuk rakyat yg kurang kemampuan….xkan yg kaya pun nk free juga.”

Cucunda Raja Lope Kuala: “Syarikat Pelindung Insuran, majikan sektor awam dan swasta serta pihak Koperat melalui inisiatif CSR perlu membayar kos vaksin ini. Walau bagaimana pun, ianya akan diberikan tax rebate atau pengecualian cukai. Hanya pelajar sekolah yang akan diberikan vaksin percuma melalui lawatan ke sekolah2 bermula dgn kawasan berisiko tinggi.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here