ATM tahan 7 PATI cuba loloskan diri, turut tahan 2 tekong

0
228
Dua lelaki warga tempatan dipercayai bertindak sebagai tekong darat turut ditahan dalam operasi malam tadi. – GAMBAR IHSAN ATM

CYBERJAYA – Tindakan pantas pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menggagalkan cubaan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada meloloskan diri daripada semapadan negara, malam tadi.

Dalam operasi yang sama, dua warga tempatan dipercayai bertindak sebagai tekong darat turut berjaya ditahan.

GAMBAR IHSAN ATM

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, kesemua PATI dan tekong tersebut ditahan dalam operasi di Ladang Sungai Tengah di Bandar Penawar, Johor.

Kawasan ini merupakan sektor Op Benteng yang dipertanggungjawabkan ke atas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).

GAMBAR IHSAN ATM

Keseluruhan tangkapan melibatkan dua lelaki warga tempatan berusia 50 dan 55 tahun yang dipercayai bertindak sebagai tekong, serta tujuh orang PATI lelaki warga Indonesia berusia antara 20 hingga 34 tahun yang cuba untuk balik ke negara asal mereka.

Pihak ATM turut merampas sebuah kereta Nissan Sylphy milik individu disyaki sebagai tekong dan wang tunai berjumlah keseluruhan RM36,81050.

Kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang dan pengendalian adalah mengikut SOP COVID-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here