ATM tahan tujuh PATI cuba lepasi sempadan negara

0
237
GAMBAR IHSAN ATM

CYBERJAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) malam tadi berjaya menahan tujuh orang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba meloloskan diri daripada sempadan negara untuk pulang ke negara asal mereka.

Menurut Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div), kumpulan PATI tersebut yang terdiri daripada 3 lelaki dan 4 perempuan ditangkap dalam serbuan oleh kumpulan Quick Reaction Force (QRF) pada pukul 9.15 malam malam tadi di Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Johor.

GAMBAR IHSAN ATM

“Kejadian (tangkapan) tersebut berlaku di sektor Op Benteng kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) oleh Pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD),” kata ATM dalam satu kenyataan.

Kumpulan PATI ini, yang berusia sekitar 20 hingga 44 tahun dipercayai adalah saki baki daripada tangkapan kelmarin dipercayai menunggu bot untuk pulang ke Indonesia.

Pihak ATM turut merampas sejumlah wang tunai dianggarkan berjumlah RM 11,345.00.

“Anggota kita meneruskan kawalan keselamatan di pesisiran pantai dan laporan tangkapan terhadap kesemua PATI telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai serta akan diserahkan ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut selepas menjalani ujian saringan Covid-19,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here