ATM terima permohonan maaf Asri Janggut

0
1686
AFFENDI

CYBERJAYA – Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menerima permohonan maaf Asri Janggut susulan kenyataan beliau tempoh hari.

Kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, walaupun kenyataan yang telah dikeluarkan Asri sebelum ini sebagai keterlaluan dang mengguris hati warga ATM terutamanya bagi yang beragama Islam, namun sebagai manusia biasa kita memang tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Oleh yang sedemikian, ATM mengambil pendekatan menerima permohonan maaf individu berkenaan yang disiarkan juga di media sosial PPIM pada 12 Ogos.

“Semoga apa yang berlaku dapat dijadikan sebagai satu pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa peka dan berhati-hati di dalam mengeluarkan kenyataan atau pendapat atau pandangan mahupun apa jua ulasan tanpa sebarang rujukan atau fakta yang boleh mencetuskan sebarang polemik,” kata Affendi dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media, sebentar tadi.

Dan pada masa yang sama, pihak ATM turut berharap supaya perkara seumpama ini tidak akan berulang di masa akan datang.

“(Pada masa yang sama), kami menyeru masyarakat untuk tidak membangkitkan lagi perkara ini di khalayak umum bagi menjaga keharmonian semua”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here