Bandar Jolo sekali lagi bergegar

0
252

CYBERJAYA – Bandar Jolo di Selatan Filipina sekali lagi bergegar apabila dua insiden letupan berlaku di bandar tersebut hari ini.

Menurut portal berita CGTN yang memetik kenyataan Pengerusi Pertubuhan Palang Merah Filipina, Senator Richard Gordon, insiden tersebut mengorbankan sekurang-kurangnya empat anggota tentera dan dua orang awam.

Sementara itu, sumber tentera memaklumkan, insiden pertama berlaku pada pukul 1153 pagi (waktu tempatan) di hadapan sebuah kedai runcit, dengan bom tersebut dipercayai diletakkan di dalam sebuah motosikal.

Insiden kedua pula berlaku berhampiran sebuah gereja pada pukul 1 petang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here