Bapa durjana rogol anak dipenjara 36 tahun, 30 sebatan

0
296

CYBERJAYA -Seorang bapa durjana dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 30 sebatan di Mahkamah Sesyen Besut, hari ini selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya yang berumur 10 tahun, tiga tahun lalu.

Tertuduh yang berumur 51 tahun itu disabitkan atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia yang merupakan seorang peniaga didakwa merogol anaknya yang ketika itu berumur 10 tahun antara pertengahan Januari 2017, kira-kira pukul satu pagi di sebuah rumah di Chalok, Setiu di Terengganu.

Menurut laporan Sinar Haria, bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, dia didakwa melakukan kesalahan sama pada akhir bulan Januari 2018, kira-kira pukul 11 malam dan pertengahan April 2018, kira-kira pukul 10 malam juga di lokasi yang sama.

Hakim Wan Azimah Yaakob kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama dan kedua serta mengarahkan hukuman berjalan secara berasingan.

Bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan, bagaimanapun hukuman berjalan serentak dengan pertuduhan pertama dan kedua.

Mahkamah turut membenarkan penangguhan hukuman untuk pihak pembelaan memfailkan rayuan di mahkamah tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh diwakili peguam, Che Amir Che Musa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here