Bekas pemain bola sepak Olimpik negara meninggal dunia

0
361

CYBERJAYA – Bekas pemain kebangsaan V. Krishnasamy,72, meninggal dunia semalam selepas dimasukkan di Hospital Pulau Pinang sejak Jumaat lalu akibat penyakit kencing manis.

Pencapaian terbesar Krishnasamy adalah mewakili Malaysia dalam sukan Olimpik Munich di Jerman pada 1972.

Dalam temasya sukan itu, Malaysia beraksi dalam tiga perlawanan iaitu menentang Jerman Barat, Maghribi dan Amerika Syarikat.

Krishnasamy yang merupakan pemain tengah pasukan dikatakan beraksi pada perlawanan yang memberi kemenangan kepada negara iaitu ketika bertemu Amerika Syarikat

Kematiannya disahkan oleh Yayasan Kebajikan Atlet Nasional (Yakeb) dan ahli keluarganya.

Sarjan Major yang berkhidmat dengan Jabatan Penjara dilaporkan telah lama berjuang melawan kencing manis termasuk kehilangan kaki kiri dan ibu jari kaki yang dipotong dua tahun lalu.

Krishnasamy bermain untuk Persatuan India Pulau Pinang dan Waterfall Rangers, sebelum mewakili Pulau Pinang di Piala Burnley di mana bakatnya dilihat oleh jurulatih Jabatan Penjara Jalil Che Din.

Dia bermain untuk pasukan kebangsaan dari tahun 1967 hingga 1976.

Selepas karier bola sepaknya, Krishnasamy meneruskan sumbangannya dalam sukan sebagai pegawai teknikal dalam Persatuan Atletik Amatur Pulau Pinang selama bertahun-tahun.

Krishnasamy disemadikan di Krematorium Hindu Batu Lanchang di Pulau Pinang pada pukul 1.30 tengah hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here