Berpuluh-puluh nyawa terkorban dalam letupan di Beirut

0
579
Bangunan yang musnah teruk dalam letupan di Beirut semalam

BEIRUT – Lebih 50 orang terbunuh dan 2,700 cedera dalam dua kejadian letupan kuat di ibu negara Lubnan itu, semalam.

Letupan yang berlaku kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan itu telah memusnahkan kawasan pelabuhan, perumahan, bangunan dan menyebabkan berlakunya kepulan asap tebal.

Memetik laporan Agensi Berita Kebangsaan Lubnan, meskipun punca letupan itu masih belum dapat dikenalpasti, ia berpunca daripada sebuah kawasan perumahan di bandar tersebut.

Menurut Ketua Keselamatan Lubnan, Abbas Ibrahim, letupan besar itu berpunca daripada sebuah gudang yang dijadikan markas untuk menyimpan bahan letupan itu sejak beberapa tahun lalu.

Sementara itu, Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab berjanji untuk mencari mereka yang terlibat dalam letupan sehingga dapat.

Katanya, banyak nyawa tidak berdosa terkorban dalam kejadian itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here