Bila kisah bapa rogol anak, abang ‘ratah’ adik akan berakhir

0
631


APA Khabar Orang Kita…jika mengikuti perkembangan semasa beberapa hari lalu, mungkin ada terbaca berita bapa durjana dikenakan hukuman penjara 32 tahun dan 20 sebatan.


Hukumanan berkenaan dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 17 Ogos lalu ke atas lelaki tersebut atas kesalahan merogol anak kandung sehingga hamil pada tahun lalu.


Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman penjara 16 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan terhadap juruteknik berumur 42 tahun itu selepas beliau mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan.


Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu secara berasingan bermula tarikh tangkapan pada 12 September 2019, ketika kejadian mangsa berumur 12 tahun dan dilaporkan hamil.


Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika disabitkan kesalahan.


Apa yang kita lihat, dalam aspek hukuman Seksyen 376B Kanun Keseksaan itu sebenarnya sudah cukup berat, jadi apa penyelesaian dalam hal ini dan adakah kita patut tambah lagi hukuman atau bagaimana.


Saban tahun ada sahaja kita dengar berita mengenai perkara ini, tidak kira di pelusuk negeri mana. Ia tetap ada, perkara ini perlu diperhalusiagar ia benar-benar dapat diatasi demi kesejahteraan bersama.


Asas utama ialah didikan agama dan moral, jangan ikutkan nafsu serakah yang menyerap dalam diri, sebelum ini ada juga kes-kes lain yag hangat dalam kes seumpama ini termasuk kes luar tabii.


Kita tidak mahu kes seumpama ini berulang dan semalam juga terdapat kes seorang abang berumur 16 tahun ditahan selepas merogol adik perempuannya yang berumur 15 tahun di Petaling Jaya, Selangor.


Mangsa yang masih belajar di sebuah sekolah menengah di Petaling Jaya itu merupakan anak kedua daripada lima beradik, kejadian diketahui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila guru kaunseling yang memaklumkan bahawa anak muridnya telah dirogol oleh abang kandungnya.


Perkaran itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dan JKM telah bertindak menyelamatkan mangsa di rumahnya, sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk pemeriksaan lanjut.


Mangsa mendakwa dirogol oleh abangnya pada 26 Julai, lalu dan hasil pemeriksaan terhadap mangsa mendapati ada kesan koyakan lama pada alat sulit mangsa, ketika ini mangsa dan seorang lagi adik perempuannya di tempatkan di bawah jagaan JKM sementara siasatan polis selesai.


Ini dua kes yang berlaku dalam masa terdekat, jika dicari lagi untuk statistik tahun ini dan tahun lalu mungkin tidak cukup buku untuk ditulis. Dalam hal ini semua pihak kena mainkan peranan bukan sahaja pihak berkuasa.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here