Caj kuarantin RM100 di Institut Latihan Awam

0
229


CYBERJAYA- Caj kuarantin individu yang ditempatkan di Institut Latihan Awam (ILA) dikurangkan kepada RM100 berbanding RM150 sebelum ini.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, untuk caj kuarantin di hotel pula kekal sebanyak RM150 sehari seperti ditetapkan.


Ismail Sabri berkata, mana-mana individu juga boleh menaik taraf bilik yang diinginkan tetapi lebihan caj adalah atas tanggungan sendiri.

“Bagi sebuah keluarga dan mempunyai anak bawah 12 tahun, merekq dibenarkan untuk menginap di dalam satu bilik yang sama, cuma hanya individu kedua dan seterusnya akan dikenakan caj RM50 sehari untuk kos makan dan minum,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Ismail Sabri, kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah yang balik dari luar negara tanpa penjaga, mereka juga akan menjalani kuarantin wajib 14 hari di Stesen Kuarantin.

Bagaimanapun, katanya, mereka perlu ditemani oleh seorang penjaga yang berada di Malaysia dan caj kuarantin yang dikenakan ke atas penjaga itu akan ditanggung oleh kerajaan.

“Namun begitu, jumlah (kapasiti) ILA terhad dan bergantung kepada ketersediaan bilik untuk mereka.

“Kerajaan juga bersetuju untuk turut memberi pengecualian kos kuarantin kepada warga negara dari keluarga B40 dan banduan yang baru dibebaskan di negara jiran yang tidak mampu dan tiada sumber kewangan,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here