Covid-19: 10 kes positif baharu dilaporkan

0
74

CYBERJAYA – Sebanyak 10 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara setakat tengah hari tadi.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan tadi, daripada jumlah itu, lapan merupakan kes import, manakala dua lagi adalah akibat penularan tempatan dengan kedua-duanya dikesan dari kluster Tawar.

Ini menjadikan keseluruhan kes positif yang dilaporkan dalam negara kepada 9,267 kes.

Sementara itu, 10 kes lagi diklasifikasikan sebagai sudah sembuh dan didiscaj dari hospital, menjadikan angka keseluruhan kes sembuh kepada 8,959 kes

Setakat ini, 183 kes yang diklasifikasikan sebagai aktif dan mempunyai keboleh jangkitan masih dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu, sembilan kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan empat daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian kekal 125 apabila tiada laporan kematian baharu diterima hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here