Covid-19: 11 kes positif baharu hari ini

0
156

CYBERJAYA – Sebanyak 11 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara setakat tengah hari tadi.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah yang dilaporkan hari ini, tiga daripada kes berkenaan merupakan jangkitan tempatan, dan selebihnya melibatkan kes import.

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 9,114 kes.

Sementara itu, sebanyak lapan kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital.

Setakat ini, terdapat 172 kes yang masih aktif dan mempunyai keboleh jangkitan sedang dirawat di hospital.

Dan daripada jumlah itu, satu kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Angka kematian kekal 125.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here