Covid-19: 15 kes baharu dilaporkan

0
32

CYBERJAYA – Sebanyak 15 lagi kes baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara setakat tengah hari tadi.

Ini menjadikan angka keseluruhan kes yang dilaporkan kepada 9,129 kes.

Bagi kes baharu, 11 daripada kes dilaporkan akibat penularan tempatan, manakala selebihnya merupakan kes import.

Pecahan jangkitan bagi kes penularan tempatan adalah sembilan kes di Kedah, diikuti dua di Kuala Lumpur.

Sementara itu, sebanyak empat kes telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada daripada hospital.

Setakat ini, terdapat 183 kes yang masih aktif sedang dirawat di hospital.

Dan daripada jumlah itu, sebanyak dua kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Angka kematian masih kekal 125.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here