Covid-19: 16 kes baharu dilaporkan, 12 kes penularan tempatan

0
51

CYBERJAYA – Sebanyak 16 kes positif baharu dilaporkan di seluruh negara setakat tengah hari tadi.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, daripada jumlah itu, 12 daripada kes merupakan kes penularan tempatan, manakala selebihnya adalah kes import.

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan dalm negara kepada 9,235 kes.

Sementara itu, terdapat 23 kes yang telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital.

Pada masa ini, terdapat 185 yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai keboleh jangkitan sedang dirawat di hospital.

Dan daripada jumlah itu, sebanyak tujuh kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga daripadanya diberikan bantuan pernafasan.

Angka kematian setakat ini kekal 125 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here