Covid-19: 25 kes baharu dilaporkan, 16 daripadanya akibat penularan tempatan

0
183
NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Jumlah kes Covid-19 yang masih aktif di dalam negara kembali meningkat melebihi 200 apabila sebanyak 25 lagi kes baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan sebentar tadi, terdapat 16 kes tempatan dilaporkan, manakala sembilan lagi kes import.

“Bagi kes penularan tempatan, 12 daripadanya adalah dari kluster Sivagangga dengan Perlis 10 kes, diikuti Kedah dan Pulau Pinang masing-masing satu kes,” kata Noor Hisham.

Pertambahan ini menjadikan angka keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 9,063 kes.

Setakat ini, terdapat 210 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan sedang menerima rawatan di hospital. Daripada jumlah itu, dua sedang dirawat di unit rawqatan rapi (ICU) dengan satu daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, sebanyak 15 kes telah diklasifikasi sebagai telah sembuh dan telah didiscaj daripada hospital.

Angka kematian masih kekal 125 apabila tiada sebarang laporan membabitkan kematian diterima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here