Covid-19: 6 kes positif dilaporkan, lima daripadanya dari kluster Tawar

0
67

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan terdapat pertambahan sebanyak enam kes positif baharu Covid-19 di dalam negara, hari ini.

Daripada jumlah itu, 5 kes merupakan akibat penularan tempatan, manakala satu lagi merupakan kes import.

Lima kes tempatan yang dilaporkan kesemuanya daripada kluster Tawar di Kedah dan melibatkan warganegara.

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 9,291 kes.

Sementara itu, tujuh kes lagi telah diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital, menjadikan angka keseluruhan kes yang telah sembuh kepada 8,978 kes.

Setakat ini, terdapat 188 kes yang diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan sedang diasingkan bagi rawatan di hospital.

Dan daripada jumlah itu, sembilan kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan enam daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Tiada angka baharu kematian dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat Covid-19 di dalam negara kekal 125.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here