Covid-19: 7 kes baharu dilaporkan, 5 akibat penularan tempatan

0
58

CYBERJAYA – Sebanyak tujuh kes positif baharu Covid-19 dilaporkan di dalam negara, hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), lima daripada kes yang dilaporkan adalah berpunca daripada penularan tempatan, manakala dua lagi adalah kes import.

Angka ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam Malaysia kepada 9,274 kes.

Sementara itu, sebanyak enam kes diklasifikasi sebagai telah sembuh dan kesemuanya telah didiscaj daripada hospital.

Ini menjadikan keseluruhan kes yang telah sembuh kepada 8,965 kes.

Setakat ini, terdapat 184 kes berstatus aktif dan mempunyai keboleh jangkitan sedang dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu, sebanyak lapan kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan lima daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian kekal 125 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here