Covid-19: 9 kes baharu dilaporkan

0
48

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan pertambahan sembilan kes positif baharu Covid-19 di dalam negara, hari ini.

Menurut KKM dalam satu kenyataan, pecahan kes yang dilaporkan adalah lima kes akibat penularan tempatan, manakala empat lagi adalah kes import.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 9,249 kes.

Sementara itu, sebanyak 13 kes diklasifikasikan sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital.

Setakat ini, terdapat sebanyak 179 kes yang diklasifikasikan sebagai masih dan mempunyai keboleh jangkitan telah diasingkan bagi menerima rawatan di hospital.

Dan daripada jumlah itu, tujuh kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU0 dengan empat daripadanya diberi bantuan pernafasan.

Angka kematian, setakat ini, kekal 125 orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here