Covid-19: Kes baharu makin menaik, Korea Selatan laksanakan ‘lockdown’ Tahap 2

0
289

CYBERJAYA – Korea Selatan melaporkan kes positif baharu Covid-19 tertinggi sejak Mac apabila sebanyak 397 kes dilaporkan, malam tadi

Menurut Reuters yang memetik kenyataan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC), peningkatan jumlah ini berpunca daripada kes yang memounyai kaitan dengan sebuah kuil di Seoul dan satu perhimpunan politik yang turut disertai oleh pengunjung kuil tersebut.

Setakat ini, terdapat sebanyak 17,399 kes Covid-19 dilaporkan di negara tersebut, yang mana 309 merupakan kes kematian.

Mulai hari ini, kerajaan telah mengeluarkan Perintah Berkurung Tahap 2 bagi kawasan di luar Seoul, yang melarang sebarang perkumpulan di dalam rumah ibadat, dan penutupan kelab malam, restoren dan cyber cafe.

Namun, jika angka kes baharu terus menaik, kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menaikkan tahap perintah tersebut ke Tahap 3 yang memaksa penutupan sekolah dan premis perniagaan lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here