Covid-19: Kes dilaporkan dalam negara melepasi 9,000

0
156
NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Jumlah kes positif Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kini sudah melepasi 9,000, apabila dua lagi kes baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk De. Noor Hisham Abdullah, kedua-dua kes ini merupakan kes jangkitan tempatan.

Tiada kes import dilaporkan pada hari ini.

“Satu daripada kes tersebut dari kluster Sivagangga, manakala satu lagi di Wilayah Persekutuan Labuan,” kata Noor Hisham pada satu sidang akhbar, sebentar tadi.

Pertambahan ini menjadikan angka keseluruhan kes yang dilaporkan dalam negara kepada 9,0001.

Sementara itu, empat kes telah diklasifikasi sebagai telah sembuh dan didiscaj daripada hospital.

Setakat ini, terdapat 208 kes yang masih diklasifikasikan sebagai masih aktif dan mempunyai kebolehjangkitan, dan kesemuanya telah diasingkan di hospital bagi menerima rawatan.

Daripada jumlah itu, satu kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Angka kematian kekal 125 kes.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here