Covid-19: Kluster Bunga pula dikesan

0
478
Kluster Bunga

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster baharu yang terpencil hari ini melibatkan kakitangan yang bertugas dalam sebuah kapal di Pelabuhan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu yang dikenali sebagai kluster Bunga melibatkan sebuah kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari Pelabuhan Singapura.

“Seramai 34 orang krew kapal yang bertugas dalam kapal ini telah disaring pada 28 Ogos lalu bagi tujuan sign-on dan sign-off kapal.

“Daripada jumlah ini empat kes dikesan positif Covid-19; enam individu adalah negatif dan 24 individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, kes positif Covid-19 melibatkan kluster ini melibatkan dua orang warganegara Malaysia dan dua orang bukan warganegara.

Katanya, keempat-empat kes positif itu tidak bergejala dan pada awalnya dikuarantin di sebuah hotel di Selangor.

“Setelah dikesan positif, mereka dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Justeru, tidak membawa risiko penularan jangkitan di dalam komuniti kerana ia merupakan kluster import yang terpencil di sebuah kapal.

“Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan proses nyah cemar telah dijalankan di kapal tersebut. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here