Covid-19: Kluster Sala pula dikesan di Kedah

0
343
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Satu lagi kluster baharu dikesan di Kedah yang mana kali ini melibatkan di daerah Yan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Nor Hisham Abdullah, kes pertama melibatkan kluster Sala itu ialah kes ke-9148 yang juga lelaki warganegara Malaysia yang dikesan positif melalui sistem survelan klinikal jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan semalam dan kes-kes dikesan positif hari ini.

“Ketiga-tiga kes yang dilaporkan pada hari ini adalah merupakan ahli keluarga kepada kes pertama iaitu kes ke-9,148,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, setakat hari ini sebanyak 80 kontak rapat beliau telah disaring dan daripada jumlah itu empat kes dikesan positif Covid-19 manakala 76 individu masih menunggu keputusan.

“Kesemua kes bagi kluster ini adalah warganegara Malaysia.

“Pengesanan kes secara aktif sedang diteruskan dan langkah-langkah pencegahan serta pembendungan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti.

“Punca jangkitan masih di dalam siasatan,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here