Covid-19: Lelaki Hong Kong dijangkiti semula setelah hampir lima bulan pulih

0
145

CYBERJAYA – Seorang penduduk Hong Kong didapati kembali positif Covid-19 setelah hampir lima bulan pulih daripada jangkitan tersebut.

Menurut portal The Guardian, lelaki berusia 33 tahun itu didapati positif kembali setelah pulang dari Sepanyol melalui Britain pada 15 Ogos lepas.

Dapatan ini ditemukan oleh pengkaji dari Universiti Hong Kong, dan diterbitkan dalam jurnal perubatan antarabangsa, Clinical Infectious Diseases.

Menurut laporan itu lagi, lelaki tersebut kini dijangkiti virus Covid-19 dengan mutasi yang lain daripada yang pernah dihidapinya sebelum ini.

“Dapatan ini, bagaimanapun, tidak bermaksud pemvaksinan akan tidak berjaya.

“Imuniti disebabkan oleh vaksinasi boleh berbeza daripada yang disebabkan (selepas sembuh) daripada jangkitan. Kita masih perlu menunggu keputusan penuh ujian vaksin untuk memahami keberkesanannya,” kata salah seorang daripada pengkaji tersebut, Dr. To Kai-Wang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here