Covid-19 merebak di Gaza, perintah berkurung dilaksana

0
127
Petugas perubatan Palestin melakukan penyemburan bagi menghalang penularan Covid-19.

GAZA – Pemerintah Hamas isytihar perintah berkurung selama 48 jam buat kali pertama di Gaza selepas empat jangkitan positif Covid-19 dikesan di wilayah itu.

Menurut Kementerian Kesihatan, empat jangkitan itu membabitkan sebuah keluarga di Kem Pelarian Al-Maghazi.

Pegawai di Semenanjung Gaza berkata perintah itu dikuat kuasa susulan penyebaran wabak dalam kalangan masyarakat tempatan.

“Sehingga kini, semua kes yang dilaporkan di Gaza dikaitkan dengan pusat kuarantin bagi penduduk yang pulang dari luar negara.

“Empat daripada mereka sudah terbukti positif virus itu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan punca jangkitan dan penutupan penuh dikenakan di kem berkenaan,” katanya yang dipetik laporan NetNews.com.

Perintah berkurung yang dikenakan di seluruh wilayah itu akan menyebabkan semua perniagaan, sekolah, masjid dan kedai makan ditutup sepenuhnya.

Pihak berkuasa mengesan 109 kes di pusat kuarantin sejak Mac dan 72 daripadanya disahkan pulih.

Satu-satunya kes kematian akibat Covid-19 di Gaza melibatkan seorang wanita yang mengalami masalah kesihatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here