Covid-19: Satu kematian dilaporkan di Gaza

0
49

CYBERJAYA – Seorang lelaki berumur 61 tahun dilaporkan maut akibat Covid-19 di Gaza.

Menurut portal The Guardian, kematian lelaki tersebut diumumkan oleh pihak berkuasa Palestin sebentar tadi.

Difahamkan, lelaki tersebut mempunyai sejarah penyakit kronik dan diberi bantuan pernafasan ketika menerima rawatan akibat jangkitan tersebut.

Kematian lelaki ini merupakan kematian kedua akibat Covid-19 yang dilaporkan di Palestin.

Kes kematian pertama melibatkan seorang wanita di sebuah pusat kuarantin pada Mac lalu.

Sementara itu, sembilan lagi kes positif dilaporkan setakat semalam.

Enam daripada kes baharu tersebut dilaporkan di kem pelarian al-Maghazi, tempat yang sama di mana empat kes dikesan pada Isnin lalu.

Setakat ini, pihak pemerintah telah mengisytiharkan perintah berkurung selama 48 jam yang bermula pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here