Covid-19: Tujuh kes baharu hari ini

0
68

CYBERJAYA – Sebanyak tujuh jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan penularan wabak itu di Malaysia kepada 9,219 kes dengan 192 kes masih aktif.

Daripada tujuh kes baharu berkenaan, empat kes adalah merupakan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan dua warga negara Malaysia dan dua warga asing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, tiga lagi kes membabitkan penularan dalam negara iaitu warga negara Malaysia di Kedah.

“Dua kes adalah daripada Kluster Sala dan satu kes daripada Kluster Tawar,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini. 

Menurut Dr. Noor Hisham, terdapat lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan dua kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Terdapat 26 kes yang sudah pulih pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,902 kes atau 96.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 125 kes,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here