Daripada pengutip sampah kini mampu naik helikopter sendiri ke sana ke sini

0
8497
Muhammad Azlan (kiri) bersama Ustaz Pahrol menunjukkan buku kisah inspirasinya ketika bergambar di hadapan helikopter peribadinya

CYBERJAYA – Siapa sangka dulunya seorang pengutip sampah, kini menjadi ikon usahawan berjaya apabila bergelar jutawan hartanah.

Lebih menarik, perjalanan hidup Muhammad Azlan al Amin turut menjadi inspirasi untuk ditulis san dibukukan oleh penulis terkenal, Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan kini berada di pasaran kedai-kedai buku di seluruh negara.

Muhammad Azlan yang kini semakin meluaskan jaringan perniagaannya menerusi pelbagai anak syarikat serta Koperasi Azlan Al-Amin yang baru ditubuhkannya berharap usahanya dapat memberi inspirasi serta motivasi kepada usahawan.

Terutamanya, beliau berkata, ketika negara dilanda wabak Covid-19 sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit

“Saya mahu berkongsi kisah pengalaman saya dengan harapan sedikit sebanyak ia dapat membantu menjentik sedikit motivasi kepada usahawan yang teruk terjejas ketika wabak Covid-19,” katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Menurut Muhammad Azlan, walaupun buku kisah hidup dan kejayaannya ditulis serta telah dilancarkan sebelum negara dilanda musibah, beliau percaya usahawan negara ini perlukan inspirasi untuk bangkit kembali selain daripada mengharap bantuan dari pihak kerajaan.

Menurut beliau, kesukaran serta kepayahan bukanlah alasan untuk seseorang itu berjaya.

Nama Muhammad Azlan mula menjadi bualan ramai apabila kisahnya yang bangkit daripada kemiskinan dengan hanya bermodalkan RM1.30 pada tahun 2010.

Muhammad Azlan memerhati keluar dari dalam helikopter peribadinya

Beliau yang dulunya hanya bekerja sebagai pengutip sampah melahirkan rasa syukur dengan kejayaannya bergelar hartawan dan jutawan hartanah berjaya.

Sejak bulan lalu, Muhammad Azlan mula menggunakan helikopter peribadi bagi tujuan memudahkan pergerakannya ke seluruh negara.

Sementara itu, Ustaz Pahrol berkata, beliau mendapat cetusan idea untuk menulis kisah hidup Muhammad Azlan setelah melihat perjalanan hidupnya yang begitu memberi motivasi serta inspirasi kepada orang ramai.

Malah, beliau turut berharap agar buku ini dapat terus memberi manfaat kepada pembaca.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here