DBKU buat laporan polis, turut tuntut DAPSY Sarawak mohon maaf secara terbuka

0
596
facebook/bandarayaKU

CYBERJAYA – Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini menuntut Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak supaya memohon maaf secara terbuka berikutan tindakan mereka menampal papan tanda jalan di bandar raya tersebut dengan tulisan berbahasa Cina.

Tuntutan tersebut disuarakan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Pada masa yang sama, Abdul Rahman turut berkata, DAPSY Sarawak diminta menurunkan pelekat tersebut dengan serta-merta.

“Tindakan itu (merupakan) satu kesalahan di bawah Seksyen 103 (3), Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 kerana mencacatkan nama di papan tanda nama jalan, dan Undang-undang Kecil PBT (Kebersihan) 1999 kerana salah laku harta benda milik pihak berkuasa tempatan atau kerajaan,” kata Dr. Abdul Rahman dalam satu sidang akhbar yang disiarkan di akaun Facebook DBKU, hari ini.

Beliau turut menambah, DBKU telah membuat satu laporan polis petang semalam.

“DBKU berharap perlakuan berbentuk provokatif sebegini tidak akan berulang lagi kerana ia akan mengganggu keharmonian masyarakat di sini,” tambah beliau lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here