Dr. Mahathir bersama isteri membeli belah di Malakat Mall

0
946
Dr. Mahathir bersama Dr. Siti Hasmah melambaikan tangan selepas meluangkan masa berbelanja di Malakat Mall hari ini

RAUDHAH CITY – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini meluangkan masa melawat pusat beli belah BMF pertama di Malaysia, Malakat Mall di Cyberjaya di sini hari ini.

Beliau tiba bersama isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali kira-kira pukul 6 petang dengan menaiki kereta Proton X70 yang dipandunya sendiri.

Kehadiran pasangan itu secara mengejut disambut oleh pengurusan kanan dan kakitangan di pusat beli belah itu.

Dr. Mahathir menurunkan tandatangan di ruangan ‘Zahirkan Sokongan Kepada Perjuangan Malakat Mall’

Dalam lawatan selama satu jam itu, Dr. Mahathir sempat membeli barangan di kedai hardware DIY Malaya; kedai alat tulis Conteng; kedai jam Fateh dan membeli barangan harian di Malakat Grocer.

Selain itu, beliau juga sempat mendermakan barangan harian di Infaq Corner yang dibuat khusus untuk pihak yang memerlukan.

Sebelum pulang, Dr. Mahathir menurunkan tandatangannya di sebuah ruangan yang diberi nama ‘Zahirkan Sokongan Kepada Perjuangan Malakat Mall’ yang terletak di hadapan pintu masuk pusat beli belah itu.

Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah mendermakan barangan keperluan harian di bahagian Infaq Corner khusus untuk mereka yang memerlukan

Sementara itu, Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya merakamkan ucapan penghargaan di atas kunjungan tersebut.

“Saya pun tiada semasa ketibaan beliau tapi pasukan kami sempat memberi penerangan tentang perjuangan Malakat Mall dan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

“Terima kasih daun keladi, akan datang shopping lagi ya, Tun,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here