Dr. Noor Hisham dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1442

0
358
Dr. Noor Hisham menerima plak daripada Yang di-Pertuan Agong

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1442 sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan hari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan Fadhilatul Imam Al-Akbar Syeikh Dr. Ahmad Muhammad Al-Toyyib dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa.

Kedua-dua anugerah tersebut disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yang hadir sama, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here